ADN

1,331 ahli SMUE Seri Kembangan boleh tuntut baucar Jom Shopping

8 Nov 2021, 3:20 AM
1,331 ahli SMUE Seri Kembangan boleh tuntut baucar Jom Shopping

SHAH ALAM, 8 NOV: Seramai 1,331 ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan boleh menuntut baucar Jom Shopping di pusat khidmat mulai hari ini.

Wakil rakyatnya Ean Yong Hian Wah berkata baucar bernilai RM100 itu khusus buat warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) berusia 21 tahun ke atas yang lahir pada Oktober hingga Disember.

"Mereka yang berdaftar boleh hadir ke Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Seri Kembangan hari ini untuk menuntut dan mula membeli-belah di pasar raya Grand Union Seri Kembangan pada 19 sehingga 30 November.

"Semoga bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban penerima dan menceriakan sambutan ulang tahun kelahiran mereka," katanya kepada SelangorKini.

Penerima boleh membuat semakan melalui laman sesawang http://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php.

Pada 30 Oktober tahun lalu, Dato’ Menteri Besar mengumumkan bantuan khairat kematian yang dihentikan pada Mei 2019 disambung semula.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sejumlah RM7.5 juta disediakan bagi melayakkan waris berdaftar dengan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menerima bantuan RM500.

Kerajaan Negeri juga menyediakan dana RM20 juta bagi melaksanakan program Jom Shopping SMUE.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619