ADN

Orang ramai diajak sertai aktiviti mendaki bersama wakil rakyat

30 Mac 2023, 5:00 AM
Orang ramai diajak sertai aktiviti mendaki bersama wakil rakyat

SHAH ALAM, 30 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan mempelawa individu yang berminat aktiviti mendaki untuk menyertai program 'Jom Hiking Bersama YB' pada 9 April ini.

Wakil rakyatnya Ean Yong Hian Wah berkata program dengan kerjasama DUN Bandar Utama dan DUN Balakong itu bermula jam 6.30 pagi di Bukit Serdang.

"Kita menyasarkan 300 peserta tanpa kira usia untuk menyertai aktiviti mendaki ini dan anda boleh hadir secara terus tanpa perlu pendaftaran awal, daftar sahaja di lokasi program.

"Aktiviti ini dianjurkan sebagai langkah meningkatkan kesedaran menjaga kesihatan selain mengeratkan hubungan wakil rakyat dan penduduk setempat," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, selain memupuk amalan senaman dalam kalangan masyarakat aktiviti itu juga salah satu medium mendekati dan mengeksplorasi alam sekitar.

Pada masa sama, Hian Wah menggalakkan orang ramai terus mengikuti laman media sosial wakil rakyat di negeri ini bagi mengikuti perkembangan semasa dan maklumat terkini program dianjurkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619