ADN

MBPJ peruntuk hampir RM30,000 naik taraf padang SS20/5

5 Nov 2021, 7:41 AM
MBPJ peruntuk hampir RM30,000 naik taraf padang SS20/5

PETALING JAYA, 5 NOV: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperuntuk RM27,137 bagi menaik taraf dan baik pulih kemudahan padang SS20/5, Damansara Kim di sini, kata wakil rakyat Bandar Utama.

Jamaliah Jamaluddin berkata peruntukan itu untuk membina sistem saliran bawah tanah bagi mengatasi masalah air bertakung sehingga menjadi punca banjir kilat di kawasan tersebut.

"Kita kerap mendapat aduan daripada penduduk mengenai air bertakung di kawasan ini sehingga menyebabkan banjir kilat selama beberapa hari dan sukar untuk mereka beriadah.

"Oleh itu, saya meminta MBPJ tampil menyelesaikan segera kerana sebelum ini isu air bertakung jarang dititik beratkan," katanya pada sidang media selepas meninjau padang berkenaan hari ini.

Menurut Jamaliah kerja baik pulih itu mengambil masa dua bulan dan telah siap sepenuhnya pada Oktober lalu.

"Lebih 500 kediaman di sini dan saya percaya penduduk kini dapat melakukan aktiviti riadah dengan selesa dan tiada lagi masalah air bertakung sehingga memakan masa yang lama," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619