ADN

Naik taraf padang rekreasi SS20 zon utara beri keselesaan kepada penduduk

22 Mac 2023, 6:54 AM
Naik taraf padang rekreasi SS20 zon utara beri keselesaan kepada penduduk

OLEH AZIAN AZIZ

PETALING JAYA, 22 MAC: Penduduk SS20 zon utara di sini kini boleh beriadah dengan lebih selesa apabila kemudahan di padang rekreasi kawasan itu siap dinaik taraf sepenuhnya awal bulan ini.

Wakil rakyat Bandar Utama berkata kemudahan itu disediakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membabitkan peruntukan RM39,000.

"Usaha menaik taraf padang ini merupakan kerjasama pejabat saya, Ahli Majlis, MBPJ dan komuniti di sini.

"Padang ini juga dinaik taraf mengikut permintaan dan keperluan penduduk," kata Jamaliah Jamaluddin ketika ditemui meninjau padang tersebut hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk akan memanfaatkan padang berkenaan dan menjaga kemudahan itu dengan baik kemudahan.

"Ini adalah padang ketiga yang dinaik taraf di kawasan SS20 selepas padang di zon selatan dan tengah," tambahnya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Penduduk SS20 Datin Nursiah Sulaiman berterima kasih kepada wakil rakyat, MBPJ dan semua yang membantu mengusahakan naik taraf padang itu.

"Padang ini bukan sahaja digunakan penduduk malah pelajar sekolah berdekatan dan sesuai untuk warga emas yang ramai di sini beriadah dan bersantai," katanya.

Padang tersebut dilengkapi taman permainan kanak-kanak, trek jogging, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, laluan OKU, meja, kerusi, tong sampah dan ruang cergas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619