PBT

MPS lapor polis susulan CCTV rakam kecurian tong sampah

4 Nov 2021, 4:12 AM
MPS lapor polis susulan CCTV rakam kecurian tong sampah
MPS lapor polis susulan CCTV rakam kecurian tong sampah

SHAH ALAM, 4 NOV: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membuat laporan polis berhubung kecurian tong sampah miliknya di Taman Desa Jaya, Kepong.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mengesan seorang individu melakukan kegiatan itu pada Isnin diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, maklum pengarah Jabatan Korporatnya.

[caption id="attachment_494291" align="alignleft" width="448"] Rakaman CCTV yang mengesan seorang individu mencuri tong sampah di Taman Desa Jaya, Kepong pada 1 November 2021. Foto MPS[/caption]

"MPS amat kesal apabila hasil pemantauan CCTV yang dipasang, seorang individu didapati mencuri tong sampah milik MPS yang diletakkan untuk kegunaan orang awam.

"Kejadian dikesan berlaku pada jam 7 malam," kata Mohamad Zin Masoad menerusi kenyataan.

Beliau menegaskan pemantauan aktiviti kecurian dan vandalisme terus dijalankan dan individu melakukan perbuatan tersebut akan diambil tindakan.

Mohamad Zin menambah MPS membelanjakan sebanyak RM130,000 untuk menggantikan tong sampah awam yang rosak dan hilang ekoran kegiatan terbabit.

"Semua kemudahan awam disediakan untuk kegunaan bersama dan orang ramai haruslah lebih bertanggungjawab agar ia dapat dimanfaatkan bersama," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619