BERITA UTAMA

MB: Penukaran nama Padang Chetty tidak jejas nilai sejarah

2 Nov 2021, 3:29 PM
MB: Penukaran nama Padang Chetty tidak jejas nilai sejarah

KLANG, 2 NOV: Penukaran nama Padang Chetty kepada Dataran Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak menjejaskan nilai sejarah kawasan berkenaan, kata Dato'Menteri Besar.

Sebaliknya, Dato' Seri Amirudin Shari berkata keunikan lokasi itu lebih wajar diketengahkan bagi menarik kehadiran pelancong.

"Klang adalah sebahagian daripada warisan penting Selangor dan warisan itu dilihat sebagai tarikan kepada pelancong. Justeru, ia perlu diangkat dalam konteks warisan, bukan hanya pada nama.

"Sejarah di situ lebih besar...tetapi (nama) Padang Chetty itu kita tidak lupa, ia akan memberi manfaat besar kepada semua pihak dan mengurangkan hal sensitif yang cuba dibangkitkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau persiapan Deepavali di Little India Klang dekat Jalan Tengku Kelana di sini hari ini.

Pada 2 Jun lalu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkata penjenamaan semula nama Padang Chetty kepada Dataran Majlis Perbandaran Klang mendapat perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata lokasi Padang Chetty telah disenarai sebagai sebahagian daripada kawasan Program Jejak Warisan Klang selain menjadi lokai titik permulaan bagi pelaksanaan Royal Klang Town Heritage Walk.

Sebelum itu, Ketua Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Klang Nallan Dhanabalan menggesa Kerajaan Negeri mengekalkan nama Padang Chetty bagi memelihara nilai sejarah negeri ini.

Menurutnya, isu penukaran nama itu berlarutan sejak sekian lama dan perlu diberi perhatian memandangkan nama padang berkenaan telah digunakan sejak 100 tahun lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619