AGENDA

Siap sedia hadapi musim tengkujuh mulai esok

2 Nov 2021, 6:11 AM
Siap sedia hadapi musim tengkujuh mulai esok

SHAH ALAM, 2 NOV: Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan amaran hujan lebat, angin kencang serta laut bergelora antara 3 November hingga Mac 2022.

Menteri alam sekitar dan air berkata tiupan angin Timur Laut berterusan dan kencang menyebabkan laut bergelora selain ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan kawasan pantai yang mengadap laut tersebut pula dijangka berisiko mengalami kenaikan paras air laut.

"Hujan lebat berterusan boleh mengakibatkan banjir. Risiko banjir akan jadi lebih buruk jika berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut," tulisnya di Twitter hari ini.

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi myCuaca, layari laman web dan media sosial Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) atau hubungi talian 1-300-322-1638 untuk informasi lanjut.

Sebelum ini, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga 3 November di beberapa negeri antaranya Kelantan dan Terengganu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619