AGENDA

MB yakin pengalaman luas Haris bantu lancar pentadbiran negeri

1 Nov 2021, 7:53 AM
MB yakin pengalaman luas Haris bantu lancar pentadbiran negeri

PUTRAJAYA,1 NOV: Dato' Menteri Besar yakin pelantikan Dato' Haris Kasim sebagai setiausaha Kerajaan Negeri berkuat kuasa hari ini membantu melancarkan pentadbiran.

Berpengalaman lebih 20 tahun dalam pelbagai agensi, Dato' Seri Amirudin Shari berkata Haris memberi khidmat terbaik sehingga jawatan terakhirnya sebagai pegawai kewangan negeri.

"Saya berharap beliau mampu meneruskan kerjasama erat dan agenda memajukan Selangor,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri, Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor dan Siemens Malaysia di sini hari ini.

Haris menggantikan Dato’ Nor Azmie Diron.

Sementara itu, Haris berkata fokusnya adalah memulihkan Selangor daripada pandemik Covid-19 yang dibuat menerusi beberapa strategi termasuk dalam Belanjawan Negeri 2022.

Jelasnya, pembentangan belanjawan oleh Dato' Menteri Besar memerlukan komitmen pelbagai pihak bagi memastikan keberkesanannya untuk membantu segenap lapisan masyarakat.

“Saya menganggap pelantikan ini amanah dan banyak perlu dilakukan kerana Selangor bukan negeri kecil. Saya akan bekerjasama dengan semua pegawai supaya hasrat dan wawasan digariskan dapat diteruskan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619