PBT

MPKj cadang naikkan cukai taksiran pada 2023

1 Nov 2021, 7:46 AM
MPKj cadang naikkan cukai taksiran pada 2023

KAJANG, 1 NOV: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bercadang menaikkan kadar cukai taksiran pada 2023.

Yang Dipertuanya Najmuddin Jemain berkata kadar kenaikan dicadangkan adalah tidak melebihi RM20 untuk penduduk yang tidak membuat pengubahsuaian kediaman.

"Buat masa ini, cukai taksiran dikenakan tidak pernah dinilai sejak 1986. Perbincangan bersama Kerajaan Negeri diwakili EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han telah dijalankan tiga minggu lalu.

"Antara dicadangkan ialah semakan dilakukan tahun hadapan dan kenaikan pada 2023 tetapi semuanya tertakluk kepada hasil perbincangan serta arahan lanjut Kerajaan Negeri," katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Bayar dan Menang Cukai Taksiran MPKj 2021 di Dewan Seri Cempaka Saujana Impian di sini hari ini.

Najmuddin menjelaskan, kenaikan cukai taksiran itu amat membantu dalam pengurusan dan pentadbiran MPKj.

"Walaupun kadar cukai taksiran mengikut 1986, kita cuba sediakan perkhidmatan mengikut tahap 2000.

"Ini yang cuba disampaikan kepada penduduk walaupun peruntukan hasil tidak seperti diharapkan, kita tetap berusaha memberikan yang terbaik," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619