PBT

MPKj galak penduduk bayar cukai taksiran ikut tempoh

1 Nov 2021, 6:26 AM
MPKj galak penduduk bayar cukai taksiran ikut tempoh

KAJANG, 1 NOV: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berharap penduduk membuat pembayaran cukai taksiran dalam tempoh ditetapkan.

Yang dipertuanya berkata tindakan pemegang akaun melaksanakan pembayaran mengikut tempoh memudahkan pihaknya menjalankan tugasan diamanahkan.

"Inisiatif cabutan bertuah ini sebahagian daripada kempen menggalakkan penduduk membayar penuh dan lebih awal selain tidak mempunyai tunggakan.

"Pada masa akan datang kita akan perkemas lagi pertandingan bergantung pada sambutan. Namun apa yang penting segala yang MPKj terima kita pulangkan kepada penduduk," kata Najmuddin Jemain.

Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Bayar dan Menang Cukai Taksiran MPKj 2021 di Dewan Seri Cempaka Saujana Impian di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 45 pemegang akaun cukai taksiran dipilih sebagai pemenang dalam cabutan bertuah menerusi kempen tersebut yang dilancar pada 1 Januari hingga 28 Februari.

Antara hadiah ditawarkan ialah satu motosikal Yamaha Y15, enam basikal pelbagai jenis, lapan televisyen android, 10 telefon pintar dan 20 barangan elektrik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619