BERITA UTAMA

MBSA rangkul anugerah bandar lestari alam sekitar

27 Okt 2021, 11:58 PM
MBSA rangkul anugerah bandar lestari alam sekitar

SHAH ALAM, 28 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya merangkul anugerah bandar lestari alam sekitar dari pihak Asean Working Group for Environmentally Sustainable Cities (AWGESC) Indonesia.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Shahrin Ahmad berkata pengiktirafan The 5th Asean Environmentally Sustainable Cities itu diterima secara dalam talian pada 21 Oktober lalu.

"Beberapa bandar di Malaysia turut tercalon termasuk MBSA yang diiktiraf sebagai bandar yang memiliki udara, air dan tanah bersih.

"Anugerah ini juga sebagai tanda penghargaan menjadikan bandar Asean sebagai bandar lestari dan pada masa sama dapat berkongsi amalan tempatan terbaik dalam memastikan bandar bersih, hijau dan berdaya huni," katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Shahrin proses pencalonan MBSA itu dibuat dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Alam Sekitar.

Kriteria untuk pemilihan calon bandar di Malaysia adalah melibatkan petunjuk yang diguna menerusi Sistem Penggredan Pihak Berkuasa Tempatan dan Rangkaian Petunjuk Nasional Luar Bandar Bandar Malaysia untuk Pembangunan Mampan (MURNInets 2.0) di bawah KPKT dan PLANMalaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619