AGENSI

Pulihkan Sungai Klang, projek Gerbang Maritim diiktiraf cemerlang

20 Okt 2022, 5:01 AM
Pulihkan Sungai Klang, projek Gerbang Maritim diiktiraf cemerlang

SHAH ALAM, 20 OKT: Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) menerima Anugerah Kecemerlangan Korporat bagi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) 2022 pada 23 Ogos lalu.

Pengendali projek Landasan Lumayan Sdn Bhd memaklumkan anugerah itu satu pengiktirafan atas usaha mereka menjadikan Sungai Klang sebagai sumber dan aset berharga untuk Selangor.

"Kami berbesar hati diiktiraf bersama pemenang lain seperti FGV Holdings Berhad, EcoWorld Development Group Berhad, UEM Edgenta Berhad dan Mah Sing Group Berhad.

"Matlamat Pembangunan Mampan bukan sahaja akan membina dunia yang lebih baik tetapi memupuk matlamat untuk membangunkan masyarakat inklusif dan mampan," kata syarikat itu di Facebook.

Pengiktirafan menerusi Anugerah Impak Positif ESG memilih syarikat kecil dan sederhana hingga besar di Malaysia yang menunjukkan amalan ESG baik.

SMG menumpukan usaha membersih dan memulihkan sungai melalui sistem pemantauan penyebaran kualiti air, perangkap sampah dan penggunaan jentera pengutip sampah canggih Interceptor.

Atas usaha itu, sejumlah 75,402 tan metrik sisa pepejal berjaya dikeluarkan dari Sungai Klang antara 2016 hingga September tahun lalu melalui projek terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619