ADN

Penduduk B40 di Balakong terima kad SIM, data internet percuma

26 Okt 2021, 11:02 AM
Penduduk B40 di Balakong terima kad SIM, data internet percuma

KAJANG, 26 OKT: Sebanyak 46 kad modul pengenalan pelanggan (SIM) diedarkan secara percuma kepada penduduk berpendapatan rendah sekitar Balakong hari ini.

Kad SIM Celcom dilengkapi data internet 15 gigabit (GB) sebulan selama setahun dibiayai sepenuhnya Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Wakil rakyat Balakong Wong Siew Ki berkata lebih 200 permohonan diterima sejak inisiatif itu dihebahkan, namun hanya yang memenuhi syarat dipilih.

"Diharap kemudahan ini membantu pelajar memandangkan ketika ini banyak perkara perlu dilakukan secara dalam talian," katanya ditemui di pejabat pusat khidmatnya di sini hari ini.

Pada 4 Ogos, Dato' Menteri Besar mengumumkan seramai 70,000 rakyat negeri ini bakal menikmati kad SIM dan data internet percuma selama 12 bulan dengan peruntukan RM17.5 juta.

Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan sebanyak 200 kad SIM diagih ke setiap Dewan Undangan Negeri untuk diberi kepada individu yang layak.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619