BERITA UTAMA

MPKL anjur kempen baharui lesen premis tahun depan

26 Okt 2021, 4:59 AM
MPKL anjur kempen baharui lesen premis tahun depan
MPKL anjur kempen baharui lesen premis tahun depan

SHAH ALAM, 26 OKT: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menganjurkan kempen memperbaharui lesen kilang dan premis bagi tahun depan.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata pemilik premis boleh berbuat demikian mulai 2 November ini, jam 10 pagi di 14 lokasi kaunter bergerak seluruh daerah.

"Bagi lesen kilang, perlu mengemukakan surat lantikan pengurusan sisa pepejal dari KDEB Waste Management Sdn Bhd.

"Manakala bagi kedai dobi yang menggunakan gas, sila dapatkan kelulusan atau lesen dari Suruhanjaya Tenaga," katanya menerusi hebahan di Facebook.

Tambah MPKL pembaharuan lesen boleh dibuat jika premis terbabit tidak mempunyai sekatan seperti mempunyai notis kesalahan, tunggakan sewa, tunggakan cukai taksiran, sewaan petak khas dan kutipan sampah bagi kedai tomyam.

Senarai 14 lokasi kaunter bergerak seperti berikut:

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619