BERITA UTAMA

Deepavali: Sembahyang di kuil dibenarkan dengan kapasiti 50 peratus

26 Okt 2021, 2:39 AM
Deepavali: Sembahyang di kuil dibenarkan dengan kapasiti 50 peratus

SHAH ALAM, 26 OKT: Penganut Hindu di negeri ini yang lengkap vaksin dibenarkan menyertai upacara sembahyang di kuil sempena perayaan Deepavali awal November.

Bagaimanapun, jumlah kehadiran terhad 50 peratus daripada keluasan rumah ibadat itu, kata Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Selangor (Limas).

V Ganabatirau menjelaskan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) dipersetujui Kementerian Perpaduan Negara turut melarang membawa kanak-kanak bawah 12 tahun.

"Jika bangunan itu mampu memuatkan 100 orang, maka hanya 50 dibenarkan. Pengurusan kuil mesti berperanan menasihati rakyat dengan baik demi keselamatan bersama," katanya dalam sidang media semalam.

Beliau turut mengingatkan semua penganut Hindu berwaspada ketika meraikan perayaan tersebut dengan mematuhi SOP sebaiknya bagi mengelak kluster Deepavali.

"Jangan anggap SOP itu menyusahkan. Kita kena ingat segala garis panduan yang dikeluarkan bukan untuk kepentingan mana-mana pihak tetapi diri sendiri dan orang tersayang," kata Ganabatirau.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619