AGENDA

99.6 peratus kawasan terima semula bekalan air

16 Okt 2021, 9:26 AM
99.6 peratus kawasan terima semula bekalan air
99.6 peratus kawasan terima semula bekalan air

SHAH ALAM, 16 OKT: Sebanyak 99.6 peratus bekalan air di 998 kawasan pulih sepenuhnya setakat jam 3 petang ini.

Berdasarkan infografik Air Selangor di Facebook peratusan pemulihan wilayah Klang kini mencapai 96.5 peratus.

Kawasan di wilayah Klang yang masih belum pulih sepenuhnya di Meru, Aman Perdana, Kapar dan Bandar Baru Bukit Raja.

Wilayah yang pulih ialah Hulu Selangor, Kuala Langat, Shah Alam, Kuala Selangor, Petaling, Gombak dan Kuala Lumpur.

Syarikat itu juga memaklumkan, pihaknya sedang berusaha menstabilkan bekalan air di kawasan-kawasan yang masih belum mendapat bekalan air.

Pengguna yang telah mendapat bekalan air diharap menggunakan air secara berhemat bagi memastikan kawasan-kawasan yang terjejas akan mendapat bekalan air mengikut jadual.

Maklumat terkini dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan laman sesawang hentitugas.airselangor.com.

Demi keselesaan pengguna, Air Selangor menyelenggara aset kritikal Rabu lalu setelah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619