AGENDA

Bantuan lori tangki air terus digerakkan ke kawasan terjejas

15 Okt 2021, 8:35 AM
Bantuan lori tangki air terus digerakkan ke kawasan terjejas

SHAH ALAM, 15 OKT: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) terus menggerakkan lori tangki air ke kawasan yang belum menerima bekalan, kata Dato' Menteri Besar.

Pili awam turut disediakan bagi kemudahan penduduk susulan penyenggaraan aset kritikal di loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1, jelas Dato' Seri Amirudin Shari.

"Saya dimaklumkan setakat jam 12 tengah hari tadi, peratus pemulihan bekalan air mencapai kadar 68 peratus," tulisnya di Twitter.

Sementara itu, menurut Facebook Air Selangor, pemulihan bekalan air di 998 kawasan yang terjejas mencapai tahap 78 peratus setakat jam 3 petang.

Dalam tempoh 13 hingga 16 Oktober, syarikat itu menyediakan kemudahan 18 pili awam dan 105 lori tangki ke premis penting seperti hospital, pusat dialisis dan pengebumian.

Empat stesen pengisian air setempat juga dibuka kepada pelanggan komersial untuk membeli bekalan menggunakan lori tangki.

Maklumat terkini dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan laman sesawang hentitugas.airselangor.com.

Demi keselesaan pengguna, Air Selangor menyelenggara aset kritikal Rabu lalu setelah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619