BERITA UTAMA

PPV Puchong Indah kembali dibuka, sasar suntik 1,500 pelajar sehari

15 Okt 2021, 3:40 AM
PPV Puchong Indah kembali dibuka, sasar suntik 1,500 pelajar sehari

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

SHAH ALAM, 15 OKT: Pusat pemberian vaksin (PPV) Puchong Indah kembali dibuka semalam bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dengan sasaran hingga 1,500 pelajar disuntik sehari.

Wakil rakyat Kinrara Ng Sze Han berkata program berlangsung di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Puchong Indah itu akan membekalkan vaksin Pfizer-BioNTech.

“Program ini akan berlangsung selama enam minggu sehingga 18 November depan. Sebanyak 25 sekolah dijangka akan terlibat dengan sasaran sekitar 1,000 hingga 1,500 pelajar disuntik setiap hari.

“PICK remaja di PPV ini adalah usahasama pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, PPD Petaling Perdana, MBSJ serta Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kinrara.

"Buat masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya membenarkan pengambilan vaksin secara janji temu di PPV ini yang diuruskan pihak sekolah masing-masing," katanya dalam kenyataan semalam.

Namun beliau yang juga EXCO Kerajaan Tempatan berharap PPV berkenaan akan membenarkan kehadiran tanpa janji temu pada masa akan datang.

"Ini bagi memastikan pemberian pelalian dapat diberikan dengan lebih meluas, termasuk kepada remaja yang mengikuti pembelajaran di rumah atau telah berhenti sekolah," katanya.

Menurutnya PPV itu diharap dapat memudahkan penduduk Puchong, khususnya ibu bapa tanpa perlu menghantar anak mereka ke pusat pemberian vaksin di luar kawasan kediaman.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619