EXCO

Ribuan botol air minuman diagih ke hospital, pusat dialisis

14 Okt 2021, 12:49 PM
Ribuan botol air minuman diagih ke hospital, pusat dialisis

KLANG, 14 OKT: Sebanyak 2,772 botol air minuman lima liter diagihkan kepada premis kritikal sekitar Klang dan Kuala Langat susulan naik taraf aset loji rawatan air semalam.

Bekalan sumbangan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) turut merangkumi tangki air berkapasiti 5,000 liter ke hospital, pusat dialisis dan masjid, kata EXCO infrastruktur.

"Kita harap masyarakat bersabar sedikit sahaja lagi kerana kerja penyenggaraan sudah selesai dan bekalan air diagihkan berperingkat mulai hari ini," kata Ir Izham Hashim.

Beliau ditemui selepas melawat Pusat Khidmat Setempat Air Selangor bagi meninjau agihan bekalan air kepada penduduk Sri Ayu Apartment, Bandar Putera di sini hari ini.

Wakil rakyat Pandan Indah itu turut menyerahkan 1,000 botol air minuman kepada penghuni di situ termasuk membantu mereka menadah air melalui lori tangki.

"Kita harap bantuan ini memudahkan penduduk terutama jika air yang ditadah semakin surut," katanya.

Kerja penyenggaraan sejak semalam melibatkan penduduk 998 kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Dalam tempoh itu, sebanyak 105 lori tangki air digerakkan ke kawasan berkenaan selain 18 pili air awam disediakan mulai 14 hingga 16 Oktober demi kemudahan pengguna.

Senarai lengkap kawasan terlibat, pili air awam dan stesen pengisian air setempat boleh didapati di pautan http://hentitugas.airselangor.com.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619