PBT

MPK: Pemasangan CCTV pantau aktiviti buang sampah haram berkesan

13 Okt 2021, 9:26 AM
MPK: Pemasangan CCTV pantau aktiviti buang sampah haram berkesan

SHAH ALAM, 13 OKT: Pemasangan 10 unit kamera litar tertutup (CCTV) di Jalan Kebun Nenas dan Jalan Papan menyelesaikan masalah pembuangan sampah haram, kata Yang dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata pihaknya memasang enam unit CCTV di Jalan Kebun dan selebihnya di Jalan Papan pada 18 Disember tahun lalu.

"Inisiatif ini untuk memantau aktiviti pembuangan sampah selain memastikan kebersihan dan keselesaan masyarakat terjamin sepanjang masa.

"Pemasangan CCTV ini berkesan apabila tiada tindakan sitaan kenderaan membuang sampah direkodkan sehingga September," katanya dalam kenyataan.

Ahmad Fadzli memaklumkan selain CCTV, Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) juga menjalankan pemantauan dan membantu menganjurkan pelbagai aktiviti pencegahan bersama komuniti.

Pada 25 Oktober tahun lalu, MPK memaklumkan memasang peralatan tersebut bagi memantau aktiviti pembuangan sampah haram di Jalan Kebun Nenas.

Pemasangannya bagi memburu individu tidak bertanggungjawab selain mengelak kawasan terbabit dicemari sampah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619