AGENDA

Kanak-kanak perempuan autisme maut tertinggal dalam van

13 Okt 2021, 2:20 AM
Kanak-kanak perempuan autisme maut tertinggal dalam van

SEREMBAN, 13 OKT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemukan meninggal dunia setelah ditinggalkan beberapa jam di dalam van di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan polis mengenai kematian kanak-kanak autisme yang mempunyai masalah pembelajaran itu pada pukul 7.46 malam.

"Hasil siasatan mendapati mangsa sepatutnya dihantar ke Pusat Jagaan Harian di Taman Nusari Aman oleh pemandu van berumur 34 tahun. Bagaimanapun, lelaki tersebut telah pulang ke rumah tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam van berkenaan.

"Pemandu van itu dipercayai tidak menyedari mangsa berada di dalam van dari pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang di hadapan rumah lelaki berkenaan sebelum mangsa ditemukan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan bedah siasat akan dijalankan ke atas mangsa bagi mengenal pasti punca kematian.

Mohamad Said berkata tangkapan dibuat ke atas pemandu berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619