PBT

Program Shah Alam tanpa kenderaan mulai November

9 Okt 2021, 4:33 AM
Program Shah Alam tanpa kenderaan mulai November

SHAH ALAM, 9 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meneruskan kembali program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan mulai November selepas kali terakhir dianjur pada Mac 2020.

Timbalan Datuk Bandar Mohd Rashidi Ruslan berkata program itu diteruskan bagi memupuk amalan gaya hidup sihat dengan mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida.

"Program ini juga selaras dengan hala tuju MBSA untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030.

"Insya-Allah program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan kali ini akan dikawal dengan SOP (tatacara operasi piawai) yang ketat berbanding sebelum ini kehadiran pengunjung minimum 5,000 orang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Bual Bicara sempena Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam ke-21 menerusi siaran langsung di SelangorTV malam tadi.

Sebelum ini, program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan diadakan seawal jam 7 hingga 11 pagi pada Ahad minggu kedua setiap bulan itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik iaitu larian, acara berbasikal, senamrobik dan cabaran mendaki dinding.

Selain itu, program Eco Free Market bertemakan kitar semula iaitu satu acara penyaluran dan agihan semula barangan terpakai turut diadakan.

Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels dan Perpustakaan Bergerak juga disediakan untuk orang awam mendapatkan maklumat yang mereka perlukan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619