PBT

MBSA anjur program tanpa kenderaan 14 Ogos, beberapa jalan ditutup sementara

10 Ogos 2022, 3:25 AM
MBSA anjur program tanpa kenderaan 14 Ogos, beberapa jalan ditutup sementara

SHAH ALAM, 10 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan sempena program Shah Alam Tanpa Kenderaan 2022 pada 14 Ogos.

Menurut pihat berkuasa tempatan itu, jalan yang terlibat adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai mulai jam 06.30 pagi sehingga 09.30 pagi.

"Sehubungan itu, MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa

mematuhi arahan dari semasa ke semasa.

"Pihak Majlis juga memohon agar pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui," katanya.

Program Shah Alam Tanpa Kenderaan dijadual bermula di Dataran Kemerdekaan bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk bandar raya berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619