ADN

Waspada fenomena air pasang besar, elak aktiviti di pantai

8 Okt 2021, 2:30 PM
Waspada fenomena air pasang besar, elak aktiviti di pantai

SHAH ALAM, 8 OKT: Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang berlaku mulai hari ini sehingga Ahad, kata wakil rakyat Morib.

Hasnul Baharuddin berkata individu yang berkunjung ke pantai pada hari minggu disaran tidak melakukan sebarang aktiviti air, riadah atau rekreasi bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Setakat ini keadaan masih terkawal dan tiada kediaman penduduk terjejas...tetapi kita menasihatkan masyarakat berhati-hati dan dinasihatkan tidak berkelah atau bermandian di pantai pada hujung minggu nanti," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata pihaknya bersedia menghantar bantuan sekiranya ada penduduk di Morib terjejas ekoran air pasang besar tersebut.

Fenomena air pasang besar dijangka berlaku di kawasan Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619