ADN

ADN Morib serah katil mudah laras untuk pesakit Covid-19

11 Jun 2021, 3:51 AM
ADN Morib serah katil mudah laras untuk pesakit Covid-19

SHAH ALAM, 11 JUN: Wakil rakyat Morib semalam menyerahkan dua unit katil mudah laras untuk kegunaan pesakit Covid-19 di Hospital Banting.

Hasnul Baharuddin berkata katil tiga fungsi berharga RM2,200 seunit hasil sumbangan Persatuan Keluarga Haji Salleh Mualim 1909 (PKHSM).

"Saya difahamkan persatuan terbabit menggerakkan inisiatif ini selepas menyedari ketidaktentuan bilangan pesakit Covid-19 di Kuala Langat sejak kebelakangan ini.

"Justeru, usaha murni dijalankan persatuan ini dengan mengutip dana daripada ahli mereka wajar dipuji," katanya yang menyerahkan bantuan itu kepada pengarah hospital Dr Fakhruddin Amran.

Sementara itu, timbalan pengerusi PKHSM dalam kenyataan memaklumkan dana tersebut dikutip sejak Ramadan lalu melalui Tabung Infaq yang dilancar biro kebajikannya.

"Selain digunakan untuk membeli kemudahan itu, sumbangan juga diagih kepada pesakit kronik, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), asnaf, fakir miskin dan anak yatim," kata Norhisham Othman.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619