BERITA UTAMA

Shah Alam dipilih bandar perintis cegah plastik sekali guna

6 Okt 2021, 2:30 PM
Shah Alam dipilih bandar perintis cegah plastik sekali guna

SHAH ALAM, 6 OKT: Shah Alam dipilih sebagai bandar perintis bagi projek tindakan kolaborasi terhadap pencegahan penggunaan plastik sekali guna di Asia Tenggara.

Pengiktirafan oleh Pusat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) berdasarkan kriteria kesediaan kelompok sasaran, perniagaan, industri dan komitmen kerajaan.

Ketua bahagian korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkata pihaknya konsisten mengekang penggunaan plastik sekali guna dalam semua sektor dan kehidupan harian.

"MBSA terlibat secara langsung bagi kempen hindar penggunaan plastik sekali guna di semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri, kempen bebas plastik serta kempen bebas penyedut minuman plastik.

"MBSA juga mengadakan program pertukaran kitar semula, pengasingan sisa dari rumah dan mewujudkan pusat kitar semula komuniti," kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Semalam, MBSA, MGTC dan agensi Jerman Deutsche Gesellschaft für Internationale Zusammenarbeit menganjurkan webinar pengurangan penggunaan plastik sempena ulang tahun Shah Alam ke-21.

Antara kertas kerja dibentangkan ialah tindakan kolaboratif mencegah penggunaan plastik sekali guna di Asia Selatan dan hala tuju sisa di Shah Alam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619