AGENDA

Anwar dakwa kerajaan tiada komitmen, sengaja lengah persefahaman enam perkara

6 Okt 2021, 7:35 AM
Anwar dakwa kerajaan tiada komitmen, sengaja lengah persefahaman enam perkara

SHAH ALAM, 6 OKT: Pakatan Harapan (PAKATAN) tidak berpuas hati dengan perkembangan Memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai bersama kerajaan persekutuan pada bulan lalu.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun perjanjian menampakkan sedikit kemajuan namun masih dianggap lemah kerana tiada satu komitmen pun dilaksanakan.

"Hanya uar-uarkan kestabilan politik hasil MoU tetapi beberapa langkah bertentangan dengan semangat demokrasi, ketelusan dan semangat bekerjasama seperti disebut oleh perdana menteri.

"Saya nak jelaskan di sini kepada menteri untuk membetulkan kenyataannya MoU ada kemajuan, meredakan suhu politik tetapi saya nak nyatakan kami tidak berpuas hati (perkembangan MoU) kerana ia lembab dan sengaja dilengah-lengahkan," katanya pada Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika bangun mencelah bagi memperbetulkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung kestabilan politik dapat memulihkan ekonomi serta menarik pelabur.

Pada 13 September, kerajaan persekutuan dan PAKATAN melakar sejarah negara apabila buat pertama kali menandatangani MoU yang membentuk kerjasama dwipartisan dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia.

Memorandum berteraskan enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619