AGENSI

PKNS bantu naik taraf sosioekonomi usahawan mikro, teroka konsep digital

4 Okt 2021, 7:54 AM
PKNS bantu naik taraf sosioekonomi usahawan mikro, teroka konsep digital

SHAH ALAM, 4 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bercadang membantu menaik taraf sosioekonomi usahawan mikro dengan beralih kepada konsep perniagaan pendigitalan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Mahmud Abbas berkata beliau yakin langkah itu amat penting bagi memastikan kelangsungan perniagaan kecil pasca Covid-19.

"Usahawan kecil ini perlu maju dan tidak hanya berniaga setempat sebaliknya harus berusaha mengembangkan pasaran dengan berniaga melalui platform media sosial.

"Kita akan atur beberapa strategi dalam masa terdekat supaya mereka berkembang daripada 'sekolah rendah' sehingga berjaya 'graduasi', contohnya dari berniaga di gerai mampu berkembang memasarkan produk sehingga ke KLCC, Pavillion atau mungkin ke peringkat antarabangsa seperti Jepun," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Lafaz Ikrar Integriti dan Antirasuah di hadapan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Pejabat Dato' Menteri Besar di sini hari ini.

Mahmud Abbas dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif baharu PKNS berkuat kuasa 1 Oktober bagi menggantikan penyandang terdahulu Siti Zubaidah Abd Jabar yang bersara pada 10 Ogos.

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Brighton juga pernah berkhidmat sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Industri Halal dan pengarah urusan Central Spectrum Sdn Bhd.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619