PBT

MPKj pantau sungai elak jadi tong sampah masyarakat

4 Okt 2021, 3:57 AM
MPKj pantau sungai elak jadi tong sampah masyarakat

HULU LANGAT, 4 OKT: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan kerjasama sukarelawan Sahabat Sungai memantau kerap sungai Pekan Semenyih bagi memastikan tidak tercemar.

Yang Dipertuanya Najmuddin Jemain berkata pihaknya kecewa dengan sikap masyarakat yang seolah merancang untuk membuang bahan buangan itu sehingga menjadi punca pencemaran terhadap sungai.

"Berdasarkan pemantauan kita dapati ada sampah terikat elok dalam plastik dibuang ke sungai...ini bermakna mentaliti masyarakat mengenai penjagaan alam sekitar masih kurang, mereka anggap kawasan itu tong sampah.

"Oleh itu, kita bersama Sahabat Sungai akan terus melaksana aktiviti pembersihan, memantau dan memberi kesedaran kepada penduduk setempat agar menjaga kebersihan sungai daripada tercemar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Semenyih Prihatin Sungai di Pekan Semenyih di sini semalam.

Menurut Najmuddin, perbuatan membuang sampah ke dalam sungai juga menjadi punca henti tugas loji rawatan air sehingga menyebabkan ketiadaan bekalan air.

"Saya harap masyarakat mulai sedar dan tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya perlu bekerjasama menjaga kebersihan kawasan persekitaran termasuk sungai," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619