ADN

ADN Sekinchan belanja RM20,000 agih kit kendiri percuma

4 Okt 2021, 3:52 AM
ADN Sekinchan belanja RM20,000 agih kit kendiri percuma

SHAH ALAM, 4 OKT: Lebih RM20,000 dibelanjakan wakil rakyat Sekinchan untuk edaran kit ujian air liur secara percuma kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Inisiatif sendiri itu diagihkan berperingkat kepada guru, ketua kampung, majlis pengurusan komuniti kampung dan penjaja bagi mengesan jangkitan wabak dengan cepat, kata Ng Suee Lim.

"Jika ada simptom, mereka boleh kuarantin di rumah. Saya yakin dengan kaedah sedemikian dapat mengurangkan penularan wabak dalam kalangan masyarakat," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 100 kit disumbangkan kepada guru di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yoke Kuan pada 29 September.

"Agihan kepada guru terbabit dibuat semasa meninjau program jangkauan vaksinasi Covid-19 untuk golongan remaja yang giat dijalankan ketika ini," katanya.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata sebanyak 60,0000 kit saringan kendiri diagih kepada keluarga dijangkiti Covid-19 di negeri ini bermula September melalui pusat khidmat masyarakat dan pejabat penyelaras DUN.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619