BERITA UTAMA

MPKj terus pantau SOP, elak masyarakat alpa

4 Okt 2021, 1:06 AM
MPKj terus pantau SOP, elak masyarakat alpa

HULU LANGAT, 4 OKT: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan kerjasama polis meneruskan operasi tahap pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) dalam kalangan orang awam meskipun Selangor beralih ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Yang Dipertuanya Najmuddin Jemain berkata pemantauan itu akan dilakukan di sekitar kawasan tumpuan ramai seperti pasar raya, pasar awam, pasar pagi dan kawasan rekreasi.

"Kita masih meneruskan operasi pemantauan kerana tidak mahu kejadian sama berulang seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) satu dan dua sebelum ini dengan kes jangkitan Covid-19 tinggi kerana masyarakat gagal mematuhi SOP.

"Kita harus memastikan masyarakat maklum virus wabak masih ada dan jangan sesekali lalai," katanya ketika ditemui pada program Semenyih Prihatin Sungai di Pekan Semenyih di sini semalam.

Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke fasa tiga PPN berkuat kuasa pada Jumaat dengan beberapa kelonggaran tambahan untuk individu lengkap dos vaksin.

Kebenaran baharu termasuk majlis rasmi kerajaan dan swasta, pembukaan semula sektor latihan kemahiran serta kehadiran penonton ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619