PBT

MPKL tawar diskaun parkir sehingga 80 peratus selama setahun, mulai esok

8 Sep 2021, 2:40 AM
MPKL tawar diskaun parkir sehingga 80 peratus selama setahun, mulai esok

SHAH ALAM, 8 SEPT: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menawarkan pengurangan kadar kompaun tempat letak kereta sehingga 80 peratus selama setahun mulai esok.

MPKL menerusi Facebook memaklumkan potongan itu dibuat sempena sambutan ulang tahun pertama pihak berkuasa tempatan tersebut diiktiraf perbandaran.

"Bermula Khamis ini sehingga 9 September tahun depan, sebanyak 80 peratus ditawarkan bagi pengurangan kadar kompaun tempat letak kereta di sekitar kawasan MPKL," katanya.

Orang ramai boleh membuat semakan kompaun secara dalam talian atau aplikasi Smart Selangor Parking.

Bayaran boleh dibuat secara tunai, kredit atau debit di kaunter bayaran MPKL, Jompay dan secara dalam talian.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-3181 1809 atau layari laman sesawang www.mpkl.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619