PBT

MPK tawar diskaun kompaun parkir serendah RM15 sempena merdeka

30 Ogos 2023, 7:29 AM
MPK tawar diskaun kompaun parkir serendah RM15 sempena merdeka

SHAH ALAM, 30 OGOS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menawarkan pengurangan kompaun parkir serendah RM15 sempena Hari Kebangsaan mulai 21 Ogos hingga 17 September.

Yang dipertuanya berkata tawaran itu melibatkan pelbagai kesalahan trafik kecuali meletak kenderaan di petak khas untuk orang kurang upaya dan menyebabkan halangan.

"Orang ramai digesa merebut peluang keemasan ini dengan menjelaskan tunggakan kompaun serendah RM15 sebelum tindakan lebih tegas dikenakan," kata Noraini Roslan dalam mesyuarat MPK hari ini.

Bayaran boleh dibuat melalui aplikasi JomPay, i-Kiosk atau laman web ipay.mpklang.gov.my. Sebarang maklumat lanjut hubungi 03-33758038 atau 03-33758037.

Sementara itu, Noraini berkata MPK bakal menganjurkan program derma darah dan pemeriksaan kesihatan asas secara percuma di Mini Auditorium Sultan Abdul Samad pada 5 September.

Katanya, program terbuka kepada orang awam mulai 9 pagi mendapat kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Pejabat Kesihatan Klang, Klinik Kesihatan Anika dan Syarikat Trendy Eye Hub.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619