PBT

MPK serbu rumah, warga asing jalan perniagaan runcit tanpa lesen

6 Sep 2021, 10:09 AM
MPK serbu rumah, warga asing jalan perniagaan runcit tanpa lesen

SHAH ALAM, 6 SEPT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyerbu sebuah rumah yang dijadikan lokasi perniagaan haram oleh beberapa warga asing di Taman Indah Sungai Pinang, Jalan Kapar, semalam.

Timbalan Pengarah Penguat kuasanya Shahrul Hazri Abd Majid berkata hasil siasatan mendapati warga Myanmar itu menjalankan operasi kedai runcit tanpa lesen di kediaman terbabit.

"Kami menyita semua barang tred di bawah kesalahan Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Pelesenan Tred Perindustrian dan Perniagaan MPK 2007.

"Kami akan memperhebatkan operasi ini dari semasa ke semasa terutama bagi membanteras perniagaan yang dijalankan oleh individu bukan warganegara," katanya dalam kenyataan.

Shahrul Hazri berkata pemilik premis juga diminta peka dengan kediaman milik mereka yang disewakan kepada warga asing bagi mengelak perkara sama berulang.

"Warga asing mengambil kesempatan dengan sikap pemilik premis yang membiarkan mereka menjalankan perniagaan walaupun sedar ia merupakan kesalahan di sisi undang-undang," katanya.

Sebelum ini, MPK mengeluarkan 86 kompaun atas kesalahan berniaga tanpa lesen sepanjang Ogos lalu termasuk menjalankan pemeriksaan terhadap 305 premis dalam tempoh sama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619