PBT

MPK sita 12 gerai penjaja warga asing sekitar Klang

16 Okt 2023, 4:16 AM
MPK sita 12 gerai penjaja warga asing sekitar Klang
MPK sita 12 gerai penjaja warga asing sekitar Klang
MPK sita 12 gerai penjaja warga asing sekitar Klang

SHAH ALAM, 16 OKT: Sekurang-kurangnya 12 gerai warga asing disita Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam operasi berasingan di Pandamaran, Bukit Tinggi dan Meru semalam.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, warga asing berkenaan didapati menjaja makanan, sayur-sayuran, buah-buahan dan rokok.

“Operasi di Pandamaran melibatkan tiga lokasi iaitu pasar pagi Jalan Selampit Taman Klang Jaya, pasar pagi Jalan Papan dan Jalan Tengku Kelana dengan dua perniagaan dijalankan warga asing disita.

“Tiga sitaan lagi di pasar malam Taman Klang Jaya, Bukit Tinggi manakala di Meru enam sitaan di pasar malam Jalan Teruntum dan Lorong Tingkat (satu sitaan),” katanya di Facebook.

[caption id="attachment_608163" align="aligncenter" width="746"] Majlis Perbandaran Klang menjalankan operasi penguatkuasaan dan pemantauan penjaja sekitarBukit Tinggi dan Pandamaran, Klang pada 15 Oktober 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang[/caption]

Agensi itu memaklumkan tindakan diambil mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Penjaja (MPK) 2007.

Selain itu MPK turut mengeluarkan satu kompaun kepada penjaja tanpa lesen yang juga warga tempatan di pasar malam Jalan Teruntum, Meru.

“Tindakan amaran lisan kepada peniaga untuk membuat pembaharuan lesen dan perlu menjelaskan bayaran permit sebelum berakhir tahun ini turut dikeluarkan.

“Peniaga juga diberi amaran untuk tidak membuka gerai melebihi petak yang telah ditetapkan oleh pihak majlis,” katanya.

[caption id="attachment_608162" align="aligncenter" width="763"] Majlis Perbandaran Klang menjalankan operasi penguatkuasaan dan pemantauan penjaja sekitarBukit Tinggi dan Pandamaran, Klang pada 15 Oktober 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619