ADN

DUN Seri Setia, Bandar Utama utamakan golongan B40 terima kit ujian percuma

5 Sep 2021, 1:01 PM
DUN Seri Setia, Bandar Utama utamakan golongan B40 terima kit ujian percuma

SHAH ALAM, 5 SEPT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia mengutamakan individu positif Covid-19 daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dalam mengagihkan kit ujian kendiri percuma.

Wakil rakyatnya Halimey Abu Bakar berkata golongan yang positif dan B40 adalah antara mereka terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

"Kit ujian kendiri ini akan diagihkan selepas satu perjumpaan diadakan bersama Sukarelawan Kesihatan Komuniti (Suka) minggu hadapan untuk membincangkan kaedah agihan.

"Saya jangkakan peruntukan 1,000 unit untuk permulaan ini mencukupi susulan di DUN Seri Setia kes mencatat penurunan," katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin berkata pihaknya kini sedang mengumpul nama individu yang layak untuk diberikan kit ujian kendiri itu.

"Perbincangan berhubung agihan kit ujian kendiri ini diadakan dalam masa tiga hari untuk memastikan penggunaannya digunakan lebih efektif untuk golongan memerlukan terutama B40.

"Kita bercadang untuk buat agihan di pusat khidmat masyarakat atau ketika program pemberian bakul makanan," katanya.

Pada 3 September, Kerajaan Negeri akan mula mengedar secara berperingkat 60,000 kit ujian kendiri yang akan diberikan percuma kepada rakyat yang positif Covid-19, kata EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata buat permulaan sebanyak 5,000 kit diedar kepada lima wakil rakyat di DUN Bandar Utama, Seri Setia, Kota Damansara, Taman Templer dan Subang Jaya dengan masing-masing menerima 1,000 unit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619