ADN

ADN Kuala Kubu Bharu peruntuk lebih RM100,000 sumbang bakul makanan

4 Sep 2021, 5:23 AM
ADN Kuala Kubu Bharu peruntuk lebih RM100,000 sumbang bakul makanan

SHAH ALAM, 4 SEPT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu memperuntuk sebanyak RM141,000 untuk bantuan bakul makanan kepada golongan memerlukan sejak awal tahun ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) berkata daripada jumlah itu lebih 2,500 keluarga dibantu yang mana rata-ratanya hilang punca pendapatan kerana terkesan susulan pandemik Covid-19.

"Bantuan ini sentiasa diteruskan dari semasa ke semasa dan fokus kita tidak hanya bakul makanan sebaliknya turut menyumbang komputer riba dan wang tunai bergantung atas permintaan," kata Lee Kee Hiong kepada SelangorKini.

Penduduk sekitar DUN terbabit yang memerlukan bantuan boleh menghubungi pusat khidmat masyarakat di talian 0111-550 9837.

Pada 9 Jun, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan setiap DUN menerima bantuan tambahan RM50,000 menerusi Program Bakul Makanan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Pakej bernilai RM551.56 juta meliputi tiga strategi dan 25 program itu memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619