AGENDA

404 individu kuarantin jalani projek rintis pemakaian gelang peranti digital

1 Sep 2021, 12:13 PM
404 individu kuarantin jalani projek rintis pemakaian gelang peranti digital

SHAH ALAM, 1 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan projek rintis pemakaian gelang peranti digital bagi individu yang menjalani kuarantin di rumah.

Menteri kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ketika ini seramai 404 individu menjalani projek rintis berkenaan.

"Kalau kita berpuashati dengan ketepatan peranti ini kita akan laksanakan kepada lebih ramai individu yang menjalani kuarantin," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selain itu katanya tiada kematian yang direkodkan KKM disebabkan oleh penerimaan vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 (PICK) dijalankan sehingga kini.

Menurutnya, menerusi kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI), hanya 20.7 peratus daripada 1,000 dos yang diberikan mempunyai reaksi ringan.

"Kesan sampingan ringan yang dilaporkan antaranya sakit di bahagian suntikan, pening kepala dan kelesuan dalam kalangan penerima vaksin," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619