AGENDA

Negara tidak berdepan isu kurang bekalan makanan sepanjang pandemik

29 Sep 2021, 4:52 AM
Negara tidak berdepan isu kurang bekalan makanan sepanjang pandemik

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

SHAH ALAM, 29 SEPT: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memaklumkan negara tidak berdepan isu kekurangan bekalan makanan sepanjang berdepan pandemik Covid-19.

Timbalan menterinya Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata antara langkah diambil ialah dengan mengerah pasukan pemantau bagi melihat keperluan dan kekurangan dihadapi rakyat setiap hari.

"Kekangan kita ketika ini antaranya bergantung pada banyak barangan import berikutan penggunaan sentiasa meningkat," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PAKATAN-Kulim Bandar Bharu) yang bertanya apakah dasar digariskan kementerian mampu mengatasi isu sekuriti makanan seperti mengurangkan kebergantungan pada makanan diimport.

Selain itu katanya kementerian mengambil langkah untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan kepada 75 peratus daripada keperluan negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Pada ketika ini, dasar kita berkaitan beras yang menjadi makanan ruji negara adalah 70:30, iaitu 70 peratus kita hasilkan dan 30 peratus lagi diimport.

"Walaupun kita selesa dengan dasar ini, MAFI mengambil pendekatan mengkaji kemungkinan kita pertingkatkan lagi pengeluaran beras negara sebanyak 75 peratus untuk lima tahun akan datang.

"Ini akan dilaksanakan menerusi beberapa pendekatan yang kita berkeupayaan untuk mencapainya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619