BERITA UTAMA

Sumbangan RM500 Mais, ringan beban pemandu teksi

29 Sep 2021, 12:59 AM
Sumbangan RM500 Mais, ringan beban pemandu teksi

SHAH ALAM, 29 SEPT: Gabungan Teksi Malaysia menghargai sumbangan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memberi bantuan kepada pemandu Teksi Kereta Sewa Islam di negeri ini.

Yang dipertuanya Kamarudin Mohd Hussain berkata bantuan sekali bayar bernilai RM500 itu sedikit sebanyak meringankan beban penerima yang rata-ratanya terkesan susulan pandemik Covid-19.

"Terima kasih kepada pembayar Zakat Selangor, sumbangan ini sedikit sebanyak meringgankan bebanan kami dan memberi manfaat kepada pemandu teksi yang dalam kesusahan.

"Insya-Allah kita akan mengagihkan bantuan ini kepada penerima dalam masa terdekat dan pada masa sama menyeru pemandu ini membuat semakan nama mereka menerusi Facebook Dunia Teksi," katanya menerusi kenyataan.

Simbolik serahan replika cek Mais semalam disampaikan pengerusinya Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada wakil Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619