ADN

350 hadir tanpa janji temu di vaksin bergerak Kuala Kubu Bharu

24 Sep 2021, 9:17 AM
350 hadir tanpa janji temu di vaksin bergerak Kuala Kubu Bharu

HULU SELANGOR, 24 SEPT: Seramai 350 individu mendaftarkan diri untuk menerima suntikan pelalian pada program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu hari ini.

Wakil rakyatnya Lee Kee Hiong berkata sambutan amat menggalakkan apabila masih ada segelintir masyarakat hadir secara terus untuk dapatkan dos vaksin negeri.

"Pendaftaran dibuka sejak beberapa hari lalu tetapi masih ada yang hadir tanpa janji temu...kita mungkin tidak dapat tunaikan semua permintaan kerana dos diperuntuk amat terhad dan keutamaan perlu diberi kepada yang berdaftar awal.

"Namun, kita akan beri vaksin kepada mereka yang hadir secara terus sekiranya peserta berdaftar tidak hadir," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Selvax bergerak di Dewan Serbaguna Kampung Chuang Rasa di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau mencadangkan agar Kerajaan Negeri meneruskan program memandangkan masih ramai individu belum menerima vaksin meskipun dos pertama.

"Saya melihat ramai belum menerima suntikan sama ada warganegara mahupun warga asing. Diharap inisiatif ini dapat diteruskan," katanya.

Bermula 13 September program Selvax bergerak dijalankan bagi memastikan tiada rakyat negeri ini tercicir daripada menerima suntikan pelalian.

Program bermula jam 9 pagi hingga 5 petang itu menggunakan bas sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) yang akan bergerak ke seluruh DUN dan Parlimen mengikut jadual.

Pakej Kita Selangor 2.0 diumumkan pada 9 Jun memperuntuk sebanyak RM200 juta untuk menjayakan Selvax Komuniti dan Selvax Industri yang akan memanfaatkan jutaan penduduk negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619