BERITA UTAMA

17 penjaja sekitar Selayang dapat lesen niaga sementara

21 Sep 2021, 9:49 AM
17 penjaja sekitar Selayang dapat lesen niaga sementara
17 penjaja sekitar Selayang dapat lesen niaga sementara

SELAYANG, 21 SEPT: Seramai 17 penjaja di Taman Selayang Mutiara dan Kampung Selayang Indah dekat sini menerima permit berniaga sementara daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata permit tersebut ditawarkan sendiri oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berikutan semua peniaga tidak pernah membuat permohonan.

"Terdapat 40 peniaga di dua lokasi namun hari ini hanya 17 peniaga menerima permit. Untuk peniaga lain, permit mereka masih diproses kerana dokumen tidak lengkap.

[caption id="attachment_488433" align="alignleft" width="377"] Ng Sze Han[/caption]

"Pemberian ini hasil usaha proaktif MPS dalam memastikan operasi perniagaan mereka berjalan lancar tanpa ada gangguan dari pihak berkepentingan selain mengelakkan masalah lalu lintas," katanya.

Terdahulu, beliau meninjau dua lokasi terbabit bersama Ahli Dewan Negeri Taman Templer Mohd Sany Hamzan serta Yang Dipertua MPS Mohd Yazid Sairi.

Sze Han berkata sebanyak 1,121 permit sementara dikeluarkan MPS sejak Ogos tahun lalu bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang terkesan akibat pandemik Covid-19 menjana pendapatan.

"Semua PBT akan meneruskan usaha ini bagi membantu lebih ramai individu menjana sumber pendapatan. Kita seru supaya semua peniaga mengambil manfaat memohon lesen ini di PBT masing-masing," katanya.

Awal bulan ini, Sze Han menyerahkan 120 lesen sementara kepada penjaja di Taman Puncak Jalil yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619