BERITA UTAMA

Penunggang e-panggilan disaran berwaspada, pilih majikan sedia insurans

17 Sep 2021, 1:53 AM
Penunggang e-panggilan disaran berwaspada, pilih majikan sedia insurans

SHAH ALAM, 17 SEPT: Penunggang e-panggilan diminta mengutamakan keselamatan dan tidak terlalu mengejar masa ketika bertugas bagi mengelak kejadian tidak diingini, kata EXCO pembangunan usahawan.

Rodziah Ismail berkata penghantar barangan atau makanan juga dinasihatkan mencari majikan yang mendaftarkan mereka dengan perlindungan insurans.

"Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan di luar jangkaan jadi saya minta penunggang e-panggilan ini berhati-hati, fokus ketika memandu dan memakai pakaian bersesuaian.

"Selain keselamatan ketika bertugas, kesihatan juga penting dan perlu dijaga sebab itu perlu memastikan majikan mendaftarkan kita dengan perlindungan insurans," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program pemberian petrol percuma terhad kepada 200 motosikal sempena sambutan Hari Malaysia di Stesen Minyak Petron Lebuhraya Persekutuan di sini semalam.

Pada masa sama Rodziah turut menggesa Kementerian Sumber Manusia mengiktiraf penunggang e-panggilan dengan menyediakan beberapa garis panduan supaya mereka dilindungi.

"Perkhidmatan e-panggilan ketika ini dilihat sebagai kerjaya dan bukan lagi sistem sokongan semata-mata. Kementerian perlu memastikan penunggang ini dilindungi," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619