AGENSI

Sukarelawan Team Selangor masak makanan, agih kepada 400 keluarga

17 Sep 2021, 1:36 AM
Sukarelawan Team Selangor masak makanan, agih kepada 400 keluarga

AMPANG, 17 SEPT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa mengedarkan mangkuk tingkat berisi juadah makan tengah hari kepada penduduk memerlukan sejak minggu lalu.

Penyelarasnya Suzana Shaharudin berkata inisiatif dengan kerjasama sukarelawan Team Selangor memanfaatkan kira-kira 400 keluarga setakat ini.

"Makanan tengah hari dimasak oleh sukarelawan terbabit untuk diagihkan kepada keluarga susah. Kita sudah masuk ke kawasan Pangsapuri Seri Nila, Kampung Baru Ampang, Kampung Sungai Sering dan Kampung Kuala Ampang.

"Semalam, kita sumbangkan 25 lagi mangkuk tingkat kepada penduduk di Kampung Melayu Ampang. Kita juga akan berbincang dengan Team Selangor untuk meneruskan program ini dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak peringkat DUN Bukit Antarabangsa di Dataran Santai Ampang Point di sini.

Sementara itu, Suzana memaklumkan lebih 3,000 bakul makanan disalurkan kepada individu terjejas wabak sejak awal tahun sehingga kini.

Menurutnya, pek mengandungi beras, tepung, gula dan milo bernilai RM50 setiap satu diberi mengikut senarai diperoleh melalui persatuan penduduk, ketua kampung dan Ketua Komuniti India (KKI).

"Kita juga tidak melupakan keluarga yang mengibarkan bendera putih dan individu dikuarantin dengan agihan dibuat dari rumah ke rumah oleh pegawai pejabat penyelaras pusat khidmat masyarakat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619