AGENSI

Buat persiapan raya, penduduk manfaat jualan murah beli keperluan

27 Jun 2023, 2:00 PM
Buat persiapan raya, penduduk manfaat jualan murah beli keperluan
Buat persiapan raya, penduduk manfaat jualan murah beli keperluan
Buat persiapan raya, penduduk manfaat jualan murah beli keperluan

OLEH SHAMZ JOHAN

AMPANG JAYA, 27 JUN: Menjelang sambutan Aidiladha, kebanyakan penduduk mengambil peluang membeli barangan keperluan asas pada harga murah menerusi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di sini hari ini.

Peniaga Lili Marlina Badri, 36, berkata jualan kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menawarkan harga rendah berbanding pasaran banyak membantu golongan berpendapatan sederhana sepertinya.

[caption id="attachment_589780" align="alignright" width="311"] Lili Marlina Badri, 36,[/caption]

"Kalau beli di luar takkan dapat harga murah begini. Jadi, JER ini secara tidak langsung membantu penduduk membuat persiapan (hari raya) terutama keluarga kurang berkemampuan.

"Pembeli yang bijak akan datang (berbelanja) di sini. Kerajaan Negeri sudah sediakan pilihan untuk rakyat, saya harap ia diteruskan sampai bila-bila," katanya yang membeli ayam, daging dan beras.

Warga emas Mohd Ishak Mahat, 66, memanfaatkan program tersebut untuk mendapatkan barangan asas bagi keperluan keluarga terutama menjelang Aidiladha tidak lama lagi.

[caption id="attachment_589779" align="alignleft" width="294"] Mohd Ishak Mahat, 66,[/caption]

"Kita pilih JER ini sebab harganya murah, dekat dan mudah. Harap dapat buat lebih kerap lagi untuk membantu penduduk memerlukan," katanya.

Terdahulu, lebih 500 ekor ayam terjual dalam tempoh dua jam pada jualan yang berlangsung di tapak pasar malam Ukay Perdana, di sini hari ini.

Dahulunya dikenali sebagai Jelajah Ehsan Rakyat, program tersebut akan diteruskan sehingga hujung tahun ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan program berkenaan memberi penjimatan kira-kira RM18 juta kepada orang ramai dan mencatat nilai jualan sekitar RM37 juta.

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal segar (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619