ADN

Majikan diingat lengkapkan dos vaksin pekerja sebelum beroperasi

14 Sep 2021, 12:45 AM
Majikan diingat lengkapkan dos vaksin pekerja sebelum beroperasi

SHAH ALAM, 14 SEPT: Majikan diingatkan supaya mengambil serius dalam memastikan semua pekerja mereka lengkap divaksin sebelum memulakan operasi perniagaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga Rodziah Ismail berkata kegagalan majikan menitik berat isu vaksin terhadap pekerja akan menyebabkan imuniti kelompok tidak tercapai.

"Kerajaan pusat telah membuat polisi bahawa mana-mana individu tidak dibenarkan masuk ke beberapa jenis kedai yang memerlukan dua dos suntikan. Namun apabila disiasat terdapat dalam kalangan pekerja mereka sendiri belum lengkap.

"Saya cadangkan masyarakat jangan masuk ke kedai-kedai yang pekerjanya tidak divaksin dan melaporkannya kepada pihak berwajib," katanya selepas meninjau program Selvax bergerak DUN Batu Tiga di Kompleks Padang Jawa semalam.

Rodziah yang juga EXCO Kerajaan Negeri turut mencadangkan supaya kerajaan bertegas memastikan setiap pekerja perlu lengkap dua dos vaksin selain pelanggan.

Selvax bergerak DUN Batu Tiga memperuntuk sebanyak 300 dos suntikan pelalian untuk penduduk di kawasan tersebut dengan menggunakan sebuah klinik van bergerak yang dipinjamkan Hospital Avisena.

Selvax bergerak berlangsung selama seminggu melibatkan 11 DUN bermula di Bandar Baru Klang diikuti Batu Tiga, Tanjung Sepat, Hulu Bernam, Gombak Setia, Bukit Antarabangsa, Batang Kali, Banting, Teratai, Dengkil dan Kampung Tunku.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619