BERITA UTAMA

84,192 unit Rumah Selangorku Harapan, Rumah Idaman MBI dilulus

10 Sep 2021, 1:00 PM
84,192 unit Rumah Selangorku Harapan, Rumah Idaman MBI dilulus

KUALA SELANGOR, 10 SEPT: Sebanyak 84,192 unit Rumah Selangorku Harapan dan Rumah Idaman Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI diluluskan Kerajaan Negeri sehingga 31 Ogos.

EXCO perumahan dan kesejahteraan bandar berkata kelulusan perumahan melibatkan 49 projek itu mengatasi sasaran untuk pembinaan 60,000 unit rumah dalam tempoh tiga tahun hingga 2023.

"Usaha Kerajaan Negeri ini akan membantu penduduk memiliki kediaman dan berharap selepas diluluskan pemaju terus berurusan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mendapatkan kelulusan serta melaksanakan projek dengan segera," kata Rodziah Ismail.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Selangorku Taman Alam Suria, Kuala Selangor hari ini.

Terdahulu, Rodziah melawat projek perumahan yang siap dibina dan sedia diduduki sebelum menyerahkan kunci kepada penduduk di taman itu dengan disertai Pengurus Besar Kanan IJM Land Dato’ Hoo Kim See.

Pada 2 Mei lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan sebanyak 80,650 unit Rumah Selangorku Idaman dan Harapan menerusi 41 projek yang dijadual siap sepenuhnya dalam tempoh empat tahun.

Daripada jumlah itu, lebih 77,000 ditawarkan kepada orang awam manakala selebihnya diberikan kepada Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan Skim Smart Sewa Kemudian Beli (2STAY).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619