AGENDA

Pemohon RiDE melebihi kuota 3,000, pastikan individu layak terima manfaat

8 Sep 2021, 2:03 PM
Pemohon RiDE melebihi kuota 3,000, pastikan individu layak terima manfaat

SHAH ALAM, 8 SEPT: Kerajaan Negeri menerima 8,011 permohonan untuk menyertai program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) setakat September tahun ini.

EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata proses pemilihan peserta perlu dibuat dengan teliti kerana inisiatif itu hanya menyediakan 3,000 kuota.

"Sambutan yang diterima amat menggalakkan, justeru kita kena pastikan hanya mereka yang benar-benar layak terpilih menerima manfaat tersebut.

"Syarat ditetapkan antaranya pemohon perlu berusia bawah 40 tahun kerana keutamaan untuk membantu generasi muda menjana pendapatan ketika negara berdepan pandemik Covid-19," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata penyertaan program RiDE masih dibuka sehingga hujung tahun ini melalui laman sesawang http://msnselangor.gov.my.

"Peluang menyertai program ini masih terbuka dan dalam masa sama Kerajaan Negeri sentiasa melakukan penambahbaikan supaya lebih ramai belia generasi muda menceburi perkhidmatan e-panggilan," katanya.

Pada 16 Ogos, Kerajaan Negeri bersetuju memperluas program RiDE kepada individu berusia 30 hingga 40 tahun.

Keputusan dibuat berikutan ramai penghantar makanan peringkat usia tersebut yang terjejas pendapatan susulan pandemik Covid-19.

Belanjawan Selangor 2021 memperuntuk RM2 juta untuk program RiDE yang menawarkan subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350, kursus e-panggilan bernilai RM150 dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial RM70 setahun.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619