AGENDA

Worldwide Holdings kerjasama lima PBT, bangun pusat pengurusan sisa pepejal

26 Ogos 2021, 12:34 AM
Worldwide Holdings kerjasama lima PBT, bangun pusat pengurusan sisa pepejal
Worldwide Holdings kerjasama lima PBT, bangun pusat pengurusan sisa pepejal

SHAH ALAM, 26 OGOS: Worldwide Holdings Berhad (Worldwide Holdings) bekerjasama dengan lima pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor membangunkan pusat pengurusan sisa pepejal bersepadu (ISWMC) terbesar, berteknologi hijau dan moden di negara ini.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata kerjasama membabitkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Datin Paduka Norazlina Zakaria menjelaskan kemudahan pusat pengurusan sisa pepejal dalam rawatan sisa buangan bakal dibina di pusat pelupusan sampah sedia ada di Jeram dengan loji waste-to-energy (WTE) menjadi sebahagian komponen ISWMC.

[caption id="attachment_485015" align="aligncenter" width="619"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Nor Azmie Diron (dua, kiri), EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han (dua, kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Datin Paduka Norazlina Zakaria (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pengurusan Projek dan Teknologi Hijau Worldwide Holdings Zamri Abdul Rahman (kanan) selepas majlis menandatangani perjanjian pembangunan pusat pelupusan sisa buangan di Jeram antara Worldwide Holdings dan PBT pada 19 Ogos 2021. Foto Unit Korporat Worldwide Holdings[/caption]

"Kami berbesar hati dengan kepercayaan diberi Kerajaan Negeri untuk menerajui pembangunan ISWMC di Selangor dan berharap dapat menyokong usaha merealisasikan agenda strategik pemeliharaan alam sekitar dan negeri pintar menjelang 2025.

"Pelaksanaan teknologi WTE juga selaras matlamat kerajaan untuk mencapai kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 20 peratus menjelang 2025," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Norazlina berkata kerjasama itu menyumbang kepada usaha memastikan tarikh mula operasi (COD) ditetapkan Suruhanjaya Tenaga dapat dipenuhi bermula pertengahan 2024.

Majlis menandatangani perjanjian bersama lima PBT terbabit diadakan pada 19 Ogos lalu secara maya sambil disaksikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Worldwide Holdings diketuai Norazlina manakala MBSA diwakili Datuk Bandar Dato' Zamani Ahmad, Sharipah Marhaini Syed Ali (Timbalan Datuk Bandar MBPJ) Noraini Roslan (Timbalan MBSJ), Mohd Fauzi Mohd Yatim (Yang Dipertua MPAJ), Rahilah Rahmat (Yang Dipertua MPKS).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619