AGENDA

Worldwide Holdings agih bubur lambuk, anjur pelbagai aktiviti semarak Ramadan

23 Mac 2023, 2:00 PM
Worldwide Holdings agih bubur lambuk, anjur pelbagai aktiviti semarak Ramadan
Worldwide Holdings agih bubur lambuk, anjur pelbagai aktiviti semarak Ramadan

SHAH ALAM, 23 MAC: Worldwide Holdings Berhad (Worldwide Holdings) kembali menganjurkan program agihan bubur lambuk sempena Ramadan ini selepas terhenti sejak 2020 berikutan pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata juadah yang disediakan kakitangan agensi itu secara gotong-royong merupakan acara tradisi sejak dilaksanakan pada 2006.

"Saya harapkan melalui penganjuran kembali program ini, kita dapat mengeratkan silaturahim antara kakitangan Worldwide Holdings dengan rakan-rakan usahasama strategik syarikat seperti Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dan Media Selangor

“Program ini juga merupakan peluang untuk Worldwide Holdings membuat amal kebajikan ketika Ramadan dengan mengedarkan bubur lambuk kepada golongan asnaf melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE),” katanya dalam kenyataan hari ini.

[caption id="attachment_573174" align="aligncenter" width="751"] Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Worldwide Holdings Datin Paduka Norazlina Zakaria bergambar bersama sebahagian kakitangan agensi itu yang bergotong-royong menyediakan bubur lambuk di Mercu Worldwide, Seksyen 13 di sini pada 23 Mac 2023. Foto Worldwide Holdings[/caption]

Terdahulu, program gotong-royong menyediakan bubur lambuk yang berlangsung di perkarangan Mercu Worldwide, Seksyen 13 di sini diserikan dengan kehadiran Mufti Selangor Dato' Setia Prof Madya Dr Anhar Opir yang turut menyampaikan tazkirah.

Juadah berkenaan diagihkan kepada kakitangan Worldwide Holdings dan wakil-wakil dari Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), YRMS dan Media Selangor.

Norazlina berkata Worldwide Holdings turut meneruskan program Bicara Ilmu sepanjang Ramadan yang merupakan sesi tazkirah untuk kakitangan yang disampaikan oleh penceramah terkenal tanah air selain mempergiatkan lagi program tanggungjawab sosial korporat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619